Selain menjadi lokasi untuk mendapatkan barang basah, pengujung juga boleh menikmati pemandangan laut. Lokasi ini boleh dijadikan lokasi untuk beriadah seperti bermain layang-layang dan wau.
Menjadi kebiasaan kami di hujung minggu ke sini untuk membeli barang basah seperti kerang, sotong, udang, ikan dan sayur kampung.
Selalunya Mrs Wife akan membeli kerang dan sayur-sayur kampung, makanan fav beliau. Harga kerang bersaiz besar yang biasa di beli rm8/kg kini rm13/kg manakala kerang bersaiz kecil rm7/kg.
Kami membeli sekilo setengah kerang bersaiz besar dan dua ikat pucuk paku berharga rm6. Selain kerang, terdapat juga kupang, biji nangka(siput), kepah, ikan kering dan pelbagai lagi.
Anda boleh membuat survey terlebih dahulu untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Anda perlu bijak memilih kerana terdapat peniaga yang menjual barang basah yang tidak segar.
Selain pasar basah di sini, anda juga boleh ke Jeti Sungai Sembilang, hanya 3minit dari sini. Disana anda boleh juga mendapatkan ikan segar, tambahan pula dari nelayan yang baru pulang dari laut.
Untuk yang ingin menginap di sini, terdapat satu penginapan yang popular iaitu the kabin. Tempat ini terletak lebih kurang 2km dari Restoran Ikan Bakar Jeram. Reka bentuk setiap bilik yang dibina menggunakan kabin atau kontena. Banyak pilihan bilik yang boleh anda pilih di sini.
The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis,
45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia
Website : http://thekabin.com.my/
+60185932014 (The Kabin Front Desk)
Website : http://thekabin.com.my/
+60185932014 (The Kabin Front Desk)
#tq ALLAh
#tq LOvE
#tq my fAmiLy
No comments:
Post a Comment