rEsEpi : gULAi LEmAk ciLi Api dAging sALAi

Bahan-bahan

1. Daging batang pinang
2. Cili padi
3. 2 inchi kunyit
4. Garam secukup rasa
5. 3 batang Serai
6. Kentang
7. Santan
8. Asam keping

Cara-cara

1. Buangkan lemak pada daging. Basuh bersih-bersih, kemudian dilumur bersama kunyit dan sedikit garam. Daging disalai di atas kayu api untuk mendapat rasa dan bau daging salai yang enak. Salai sehingga daging kering bersama daun pisang. Setelah daging sejuk, hiris nipis-nipis.

2. Tumbuk cili padi dan kunyit serta sedikit garam sehingga lumat

3. Tiga batang serai dititik.

4.  Gaulkan daging salai yang telah dihiris bersama cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk tadi.

5. Masukkan serai dan gaul. Tambahkan sedikit air.

6. Letakkan di atas api dapur dan tunggu sehingga naik bau.

7. Masukkan santan dan kacau

8. Masukkan kentang dan tunggu sehingga kentang empuk

9. Gulai hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak beketul.

10. Kacau sehingga santan betul-betul sebati dengan ramuan tadi.

11. Kacau sehingga kuah mendidih dan sedia untuk dimakan.

Nota :

Cara penyediaan resepi ini adalah ringkas dan mudah. Resepi ini lebih sedap jika dimasak dengan penuh kasih sayang. Resepi ini tidak ditambah dengan bahan lain untuk mengekalkan resepi asal.

Selamat mencuba resepi ini.

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

Lirik LAgU : AimAn tinO ~ kU hAnyA sAyAng pAdAmU



Mungkin Kali ini
Bukan Lagi aku
Yang Kau sakitkan
Mungkin Tiada lagi
Ku Di dunia ini
Kau Bidadari

Bila malam bila rindu
Tiap kali ku cuba
Melupakanmu
Ada saja mu
Kata Padaku
Aku Dihidupmu

Bukan Aku mau jauh
Bukan Juga ku benci
Pada Dirimu
Bukan Niatku
Lukai Kamu
Bukan Diriku

Benar
Ku Hanya sayang padamu
Bukannya Takdirku
Untuk Bersamamu

Jika
Setiap Langkah ku ini
Terhenti Disini
Untuk Selamanya
Izinkan Ku pergi

Bila Malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba
Melupakanmu
Ada saja mu
Kata padaku
Aku dihidupmu

Bukan Aku mau jauh
Bukan juga ku benci
Pada Dirimu
Bukan Niatku
Lukai Kamu
Bukan Diriku

Benar
Ku Hanya sayang padamu
Bukannya Takdirku
Untuk Bersamamu

Jika
Setiap Langkah ku ini
Terhenti Disini
Untuk Selamanya

Izinkan Ku pergi
Izinkan Ku pergi
Izinkan Ku pergi.

************************************************************************

Jom layan video & berkaroklah kito..

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
#tq my fAmiLy.

mAntAi rAyA pArt 1

Sebenarnya, ‘Mantai’ berasal dari perkataan ‘Bantai’ yang bermaksud menjatuhkan seekor kerbau, lembu atau kambing untuk tujuan kudus agama.

Mengikut sejarah, amalan ini merupakan dari zaman purba sebelum pra Islam. Pada masa itu, daging tersebut akan dipersembahkan kepada dewata sebagai penghormatan.

Amalan dipraktikkan secara meluas di Pagar Ruyung sebelum era pemerintahan Raja Adityawarman lagi yang menguasai rantau Sumatera tengah antara 1347 hingga 1375 Masihi itu, kemudian dibawa masuk ke Negeri Sembilan.      

Hari Mantai bermula di Naning, kemudian dituruti di Rembau. Ketika itu, Naning masih lagi sebahagian Negeri Sembilan sehingga tahun 1833 apabila British memasukkannya ke dalam Melaka. 

Apabila Islam berkembang di Negeri Sembilan kira-kira seperingkat selepas Melaka sekitar 1413, maka tradisi tersebut mula disesuaikan supaya menepati syarak dan sebutannya turut diubah dari ‘Hari Bantai’ kepada ‘Hari Mantai’ mengikut istilah penduduk tempatan.  

Tiga perkara paling signifikan dapat dilihat pada Hari Mantai iaitu memuliakan ALLAH, berpuasa untuk memanfaatkan Ramadan serta membantu masyarakat yang tiada habuan daging.

Lazimnya Tok Sidang akan mencari bahan (haiwan) yang sesuai untuk disembelih, kira-kira tiga minggu sebelum ketibaan Hari Mantai.

Pada prinsipnya, mesti ada nisbah untuk fakir miskin dan Tok Sidang perlu menyampaikannya sendiri kepada mereka. Contoh terbaik dapat dilihat sekitar era 50an di Jelebu. 

Berbeza dengan zaman sekarang, dahulu, daun pisang atau daun palas digunakan semasa menyembelih pada Hari Mantai. 

Keempat-empat kaki haiwan yang hendak disembelih akan ditanjur dengan tali. Seterusnya kedua-dua kaki depan ditarik ke kiri, manakala kedua-dua kaki belakang ke kanan menyebabkan kerbau, lembu atau kambing itu hilang keseimbangan lalu jatuh. 

Sebelum disembelih, sehelai daun pisang atau daun palas akan dibantai ke seluruh tubuh haiwan itu termasuk bahagian urat merih dengan tujuan supaya nyawa dan jasad berpisah dalam keadaan damai. Dari situlah datangnya perkataan ‘bantai’.

Bagi kerbau pula, situasinya lebih istimewa berikutan mesti ada empat daun pisang atau empat daun palas digunakan.

Di Minangkabau, kerbau lebih dihormati kerana dianggap sebagai elemen utama dalam mencari rezeki. Dalam hal ini, membantu membajak di sawah.

Bagaimanapun, budaya memukul menggunakan daun ini semakin dilupakan sekitar 50an dan tidak diamalkan lagi pada 1960. Pada waktu itu, fungsi kerbau mula berkurangan disebabkan kewujudan jentera pembajak. Sekali gus, masyarakat juga hilang pautan animisme.  

Keadaan tersebut jelas ketara di Rembau, Kuala Klawang dan Johol manakala di Sungei Ujong melibatkan kawasan Kuala Sawah dan Kampung Pantai. 

Tambahan pula golongan tua banyak sudah tidak ada, sedangkan golongan muda enggan meneruskan tradisi sedemikian. Maka tinggallah Hari Mantai yang dapat kita lihat pada hari ini. Rasanya, tidak sampai 10 peratus yang tahu asal usul Hari Mantai.

Lagipun, Hari Mantai ini hanya dianggap sebagai amalan sipi. Melalui kedatangan Islam, hukum syarak lebih diutamakan berbanding adat. Sebab itulah sering disebutkan yang adat bersendikan syarak, syarak pula bersendikan Kitabullah.

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

cintA mUkA bUkU

Pada bulan Januari 2012, kami berkenalan melalui mutual friend kepada friend di Fb. Mrs Wife yang menambah Mr Hasben sebagai kenalan. 

Pada penghujung bulan Januari 2012, kami berjumpa di Rawang (rumah kawan Mrs Wife) bersama-sama mutual friend kami dan sepupu Mr Hasben. Ini merupakan pertemuan pertama kali kami. Mr Hasben banyak mendiamkan diri ketika itu. Mr Hasben dan kawan-kawannya dalam perjalanan ke Perak untuk memancing.

Pada awal Febuari, kami berjumpa sekali lagi di KTM Rawang. Mr Hasben akan menemani Mrs Wife menaiki komuter untuk pulang ke Seremban. Di dalam perjalanan kami banyak berbual untuk mengenali antara satu sama lain. 


Pada penghujung Febuari 2012 kami berjumpa di Seremban, Mr Hasben menemani Mr Wife untuk mencari kerja. Mr Wife akhirnya diterima bekerja di sebuah kilang di Senawang bermula 1 March 2012.

5 March 2012 kami declare sebagai pasangan couple. Hubungan kami berjalan seperti biasa dan pekan Seremban serta KL menjadi port dating kami. Bermula tahun 2013, kami telah mula berbincang secara serius untuk ke arah berumah tangga.

Bulan Jun 2013 Mrs Wife dan adik berpindah ke rumah sewa di Seremban 2. Jadi port dating kami lebih kepada di Seremban 2. Rezeki Mrs Wife pada September 2013 akan melaporkan diri sebagai penjawat awam di Hospital Port Dickson.

Bulan Oktober 2013 wife pun berpindah ke Port Dickson. Jadi port dating kami pun bertukar di Port Dickson. Mr Hasben akan datang hari Sabtu dan bermalam di hotel semalaman.

Pada Jun 2014, kami mengikat tali pertunangan selama setahun. Pelbagai cabaran ditempuh sebagai tunangan orang. Kami hanya bertunang selama 8 bulan atas permintaan Mr Hasben sendiri.



Hantaran semasa bertunang 7 Jun 2014

Kami selamat bernikah pada 5 March 2015 sebagai pasangan suami isteri. Bertemakan warna biru dan kuning, majlis berjalan dengan meriah sekali. Diserta restu oleh kedua pihak. Kami bahgia sebagai weekend wife and hasben.



Kad jemputan majlis perkahwinan


Hantaran semasa Pernikahan


Pelamin mini semasa kad nikah


Pelamin bersanding


Meja makan beradap

Bulan Ogos 2016, Mrs Wife telah memohon pertukaran ke Hospital Sungai Buloh. Bulan Oktober permohonan untuk pertukaran berjaya dan Mrs Wife diminta melaporkan diri pada November 2016. Kini telah dua tahun empat bulan kami melayari rumah tangga.

Kami masih menunggu kehadiran cahaya mata. Moga tuhan datangkan rezeki anak tepat pada masanya.

Moga Allah jauhkan kami dari hasad dengki dunia...

Amin......



#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

AgrO highLAnd chALEt

Pengalaman pertama kali kami menginap di chalet di dalam taman strawberi. Mrs Wife begitu teruja saat masuk ke kawasan parking. Udara yang segar serta bau-bauan bunga Lavendar. Kiri dan kanan tersusun indah pokok bunga ros.


Parking
Lokasi chalet ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang. Sebelum pasar malam Brinchang berpindah ke Sg. Ruil, suasana di sekitar Brinchang ini begitu sesak dengan pengujung. Kami akan berjalan kaki sahaja dari chalet ke pasar malam sekitar 2km.


Parking
Bayaran yang dikenakan begitu berpatutan dan tempat penginapan selesa. Sehingga kini, kami telah menginap di sini sebanyak empat kali. Kata Mr Hasben ini adalah rumah rehat kedua kami.


Terdapat ruang untuk melepak dan memasak disediakan. Kami telah mencuba kedua-dua pakej.


Couple


Family
Di belakang chalet ini terletaknya padang golf. Anda boleh menjamu mata melihat kehijauan. Anda berpeluang untuk memetik buah strawberi jika kena pada musimnya.

Layanan pekerja di sini juga mesra dan ramah. Anda pasti tertarik untuk kembali ke sini.

I love ch......

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

mAntAi rAyA pArt 2

Tahun 2017 hari mantai jatuh pada hari Sabtu bertarikh 24 Jun 2017. Memandang raya tahun 2017 ini turn Mrs Wife jadi kami beraya di Negeri Sembilan.

Kelaziman bagi ibu bapa Mrs Wife akan memasak pelbagai menu untuk dijamu di pagi Syawal. Tahun ini kami berbelanja lebih sedikit, kerana terdapat pelbagai menu yang mahu makan.

Mrs wife telah menyenaraikan menu-menu seminggu sebelum mantai sebagai persediaan awal. Antara menu-menunya ;

Laksa

Mrs wife memasak laksa kerana ada pemintaan dari adik beradiknya. Kepakaran Mrs Wife.

Lemang

Memasak lemang pula kepakaran bapa Mrs Wife. Lemang merupakan menu wajib sempena menyambut puasa dan syawal.

Kuah Kacang



Ibu Mrs Wife pula akan memasak kuah kacang dan dibantu oleh adik bongsu Mrs Wife untuk memasak nasi impit.

Rendang ayam telur

Sebanyak 5ekor ayam telur yang digunakan.

Ayam Bakar

Ayam bakar merupakan menu terakhir dan tentunya dibakar oleh Mr Hasben. Jam menunjukkan hampir 7malam. Telah seharian kami bertungkus lumus memasak secara bergotong-royong. Masing-masing mempunyai tugasan masing.

Walaupun menggunakan dapur gas dan kayu api tetap mengambil masa yang lama kerana banyak menu yang dimasak.

Tentunya kerja-kerja yang dilakukan beramai-ramai adalah menyeronokkan. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
I love my family......

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

mUziUm kOtA LUkUt, pOrt dicksOn




Kota Lukut

Muzium Lukut terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan 78 km dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Sebelum berpindah ke Selangor, Mrs Wife bertugas di Hospital Port Dickson selama 3 tahun. Seluruh pelosok Port Dickson kami telah jelajah kerana memang target kami 3 tahun Mrs. Wife akan memohon pertukaran.




Berbalik kepada Muzium Lukut tadi, ini merupakan port lepak kami di hujung minggu. Lokasi muzium ini agak tersorok dan perlu masuk ke dalam lebih kurang 3km. Checkpoint utama adalah simpang sebelum pam minyak Shell.

Muzium ini terletak di atas bukit kerana itu di gelarkan Muzium Kota Lukut. Berikut antara gambar barang-barang bersejarah yang sempat kami snap.



Senjata lama

 

Tembaga

 

Meriam


Matawang lama

Port ini sesuai untuk aktiviti riadah di waktu petang. Anda akan dapat melihat Pekan Lukut dari atas bukit.

Diharapkan muzium ini akan terus beroperasi supaya generasi muda dapat melihat hasil peninggal bersejarah ini.

I love PD......


#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

bUdAyA dAn adAt di nEgEri sEmbiLAn pArt 1

Sejarah

Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" telah menjadi pegangan hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat perpatih telah wujud di Tanah Melayu sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga kini.

Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susurgalur keturunan seseorang itu adalah "mengikut perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".

Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.

Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat orang Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran masyarakat Melayu pada zaman tersebut.

Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang weltanschuung atau pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh masyarakat Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa.

Ini boleh dilihat dari segi politik dimana sistem Yamtuan Besar dan Dato'-Dato Undang masih meneruskan kelangsungan tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak. Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan. Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik.

Suku dan Perut

Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat 12 suku iaitu:

Biduanda
Batu Hampar
Mungkal
Sri Lemak
Paya Kumboh
Tiga Nenek
Sri Melenggang
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Seseorang yang membuat tafsiran mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati adat" ini hanya melihat dari sudut kategori yang keempat di atas sahaja. Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" yang menjadi pegangan asas sistem hidup bermasyarakat dalam

Adat Perpatih ini sering disalah tafsir bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami maksud sebenarnya yang dikatakan mengenai adat tersebut. 


#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

istAnA sEri mEnAnti, kUALA piLah pArt 1

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium yang mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.



Sumber Wikipedia

Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

01/05/2015-04/05/2015 @ pULAU LAngkAwi Part 1

Percutian ketika cuti umum adalah menyeksakan bagi kami. Memandangkan kami begitu sibuk, kami tidak sempat untuk berbulan madu selepas melangsungkan perkahwinan pada 06/03/2015.

Selepas perbincangan dibuat, kami sebulat suara untuk berbulan madu ke Langkawi, memandangkan Mr. Hasben tidak pernah ke sini. Kami tekad meronda pulau berpandukan pengalaman Mrs Wife ke sini sebanyak dua kali sebelum ini bersama keluarga.

Percutian ini kami namakan sebagai "percutian terjah" iaitu percutian yang tidak dirancang.

Kami memulakan perjalanan pada 1hb jam 9 pagi dari kampung dan tiba di Alor Star pada jam 12 tengah malam. Perjalanan begitu memenatkan kerana kami terpaksa menempuh traffic jam yang teruk sepanjang highway. Bajet tol sebanyak RM65 dari Seremban Ke Alor Star manakala minyak pergi dan balik sebanyak RM200 untuk Redvians 1.3cc kami.

Sebaik sampai di Alor Star, kami terus meronda-ronda mencari port untuk tidur. Hotel yang yang menjadi pilihan adalah Hotel ASRC hanya RM64 semalam. Walaupun hotel bajet tapi kami selesa tidur di sini dan harga berpatutan. Selepas check in, kami keluar sebentar mencari port untuk mengisi perut.



 
Sumber google

Keesokkan harinya, kami check out awal pagi dan terus bergerak ke Jeti Kuala Perlis. Dalam perjalanan kami singgah ke Pekan Jitra untuk mengisi perut sambil melawat tempat-tempat Mrs Wife lepak semasa zaman study dulu. Sempat juga kami berjalan-jalan di Jitra Mall. Kata Mrs Wife Pekan Jitra ni dah banyak berubah berbanding tahun 2010.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis. Sebaik sampai, Mr Hasben terus ke kaunter untuk membeli tiket. Tiket feri yang dikenakan hanya RM18 untuk dewasa dan kanak-kanak pula hanya RM13 sekali perjalanan. Anda akan dikerumuni oleh runner yang menawarkan pelbagai pakej tempat penginapan dan kereta sewa di Langkawi. Kami memilih Langgura Baron Resort yang terletak di Pantai Cenang dengan deposti sebanyak RM50 dan menyewa kereta sebanyak RM220 sehari. 



Tiket feri 






































Selepas itu, brader Runner membawa kami ke port untuk parking kereta. Cas parking sehari adalah RM20. Tapak parking yang disediakan luas dan akan ada runner yang berjaga 24jam, jadi pelancong tidak perlu risau untuk meninggalkan kereta di Jeti. Pastikan stereng kereta di lock & kereta ditinggalkan dalam keadaan selamat. Tempoh perjalanan menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Langkawi mengambil masa 40 minit tapi bergantung pula pada keadaan cuaca.



Kami terpaksa berkampung di jeti Kuah, Pulau Langkawi sementara menunggu kereta sampai sambil menikmati aiskrim Baskin Robin. Keadaan di jeti begitu sesak dengan pelancong.



Lebih kurang pukul 5petang kereta yang dijanjikan sampai iaitu kereta Atos. Kami terus beredar dari Jeti langkawi ke tempat penginapan di Pantai Cenang. Semasa check in kami membayar baki penginapan hotel sebanyak RM160.(Harga sebenar penginapan).



Hati terubat sedikit dengan kemudahan tempat tidur yang disediakan hotel. View bilik kami mengadap pantai dan berhadapan laluan utama.



Malam nya, kami meronda untuk mencari kedai makan. Menu yang dipilih adalah seafood.

Sedang kami menjamu selera, bekalan eletrik terputus. Pemilik kedai hanya mampu menyediakan lilin. Begitu romantik candle light dinner kami. Selepas selesai makan malam, kami meronda gerai-gerai jualan di sepanjang jalan dan pulang ke hotel sebelum pukul 10malam.




Bersambung....

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

mErAncAng pErcUtiAn dALAm nEgArA pArt 2

Dalam merancang percutian Mrs Wife akan membuat kiraan bajet untuk dibentang kepada Mr Hasben. Bajet ini bergantung kepada destinasi dan tempoh percutian kita selama berapa hari. Antara perkara-perkara penting ;

1. Kos minyak

Kami akan melihat secara rawak jarak dari tempat mula bergerak ke destinasi yang dituju menggunakan laman web Google Map. Jadi kami hanya akan membuat anggaran kasar untuk kos minyak.

 

Sumber Map Google

2. Kos Tol (Touch & Go)

Kami akan melayari laman web Plus Malaysia Berhad untuk melihat bayaran tol yang dikenakan dari tempat mula bergerak ke destinasi yang dituju.

 

Sumber Plus Malaysia Berhad

3. Kos penginapan.

Kos ini dapat ditentukan lebih awal kerana kami telah membuat tempahan awal melalui laman web Booking.com

 

Sumber Booking.com

4. Kos makan.

Kos untuk makan biasanya memang kami akan lebihkan kerana masa bercuti ini memang peluang kami untuk makan pelbagai menu masakan. Anda boleh juga memasak dari rumah untuk percutian singkat atau membeli barang-barang sendiri untuk masak.

5. Kos lain-lain.

Kos lain-lain ini adalah seperti tiket parking, tiket feri, tiket masuk ke Theme Park, Tiket masuk ke Zoo dan lain-lain.

6. Kos membeli belah.

Part yang ini adalah mencabar bagi Mrs Wife. Pastikan anda tidak berbelanja lebih dari bajet. Takut kehabisan duit selepas pulang bercuti.

Selain daripada anda melayari laman-laman web di atas, anda juga boleh download aplikasi ini di playstore bagi pengguna smartphone android seperti kami. Kiraan bajet di atas bergantung kepada berapa bilangan yang terlibat terutamanya kos makan. lebih menguntungkan jika tempat penginapan menyediakan sarapan pagi percuma. Anda juga boleh memilih pakej-pakej promosi yang ditawarkan.

Perjalanan lebih mudah jika terdapat peta di kawasan yang anda kunjungi seperti di pulau-pulau peranginan. Jangan lupa menyediakan wang tunai terselit sebagai langkah-langkah berjaga jika berlaku kecemasan. Pastikan juga kenderaan anda di servis terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.


Selamat bercuti!!!!!!! 

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

mErAncAng pErcUtiAn dALAm nEgAra pArt 1

Aplikasi Booking.com

Sepanjang merancang percutian Pn. DZ suka menggunakan application ini semenjak 2013 lagi. Menu pilihan yang ada simple & tidak memeningkan. Untuk memudahkan urusan booking, pastikan anda mendaftar sebagai user terlebih dahulu. Anda juga boleh download aplikasi ini di Play Store bagi pengguna Smart Phone Android.



Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menggunakan aplikasi ini:

1. Masukkan destinasi percutian anda.

2. Tarikh daftar masuk & tarikh daftar keluar.

3. Masukkan bilangan bilik yang akan di booking beserta bilangan dewasa dan bilangan kanak-kanak.

4. Pilih menu cari. (Menu yang lain-lain adalah tambahan contoh kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel.)



5. Seterusnya akan keluar semua senarai hotel yang berdekatan dengan destinasi percutian pilihan anda.

6. Untuk meneruskan pengesahan tempahan yang anda pilih, anda boleh memilih I'll reserve atau Express booking.

7. Masukkan detail yang diminta termasuk nombor kad kredit/debit dan complete booking.

8. Selepas membuat tempahan, anda akan menerima email sebagai bukti tempahan yang akan ditunjukkan kepada receptionist semasa check in.

Nota :

a. Harus diingat jika nombor kad ATM/Debit dan kod VCC yang anda masukkan sah, amount saving anda di dalam akaun boleh ditolak bila-bila masa. Berpandukan pengalaman Pn. DZ sebelum ini, walaupun nilai hanya RM10 yang ditolak dari akaun tetapi ia agak mengejutkan.

b. Anda mesti meneliti term-term setiap hotel kerana terdapat hotel yang meminta deposit dengan menolak amount di dalam akaun bank anda. Ada juga hotel yang menerima bayaran semasa check in.


Selamat mencuba!!!!!!


#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.

20/01/2017-21/01/2017 @ tEranggAnU

Percutian kami ke Kuala Terangganu ini sebenarnya tidak dirancang. Ceritanya bermula apabila EMAK bergurau hendak bercuti ke sana. Memandangkan kami bercuti hari sabtu sehingga ke hari Isnin, kami pun bersetuju dan demi menunaikan janjiku untuk membawa mereka bercuti.

Rutin AYAH sebelum bergerak ke mana-mana dari kampung, binatang peliharaannya mesti diberikan makan dahulu kerana AYAH seorang yang sayangkan binatang peliharaannya. EMAK pulak akan memastikan pokok-pokok bunganya disiram & rumah di kemas terlebih dahulu.

Kami memulakan perjalanan jam 10pagi dan tiba di Kula Terangganu jam 3petang. Kami menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dari Gambang ke Kuala Terangganu. Perjalanan selama 5jam untuk sampai ke destinasi. Lokasi pertama kami adalah ke Muzium Terangganu.



Ini adalah kali ketiga saya Mrs Wife sampai ke negeri Terangganu Darul Aman ini tetapi kali pertama menjejakkan kaki ke Muzium Terangganu ini. Kami bernasib baik kerana muzium ini tutup pada pukul 5petang. Kami hanya ada 2jam untuk menjelajah semua pelosok sudut. Tiket untuk dewasa hanya RM5.


Pelbagai peninggalan bersejarah terdapat didalam muzium ini secara tidak langsung mengimbau sejarah dahulu kala. Mrs Wife begitu tertarik dengan rekaan bangunan muzium ini yang begitu unik. Selepas tamat tempoh 2jam, kami bercadang untuk ke Pusat Tamadun Islam.



Bukan rezeki kami memandangkan Pusat Tamadun Islam ini telah tutup. Mrs Wife tidak pasti telah ditutup kerana sudah lewat petang atau sebab lain.

Kami pun mengambil keputusan untuk menjamu selera di restoren ikan bakar berdekatan. Pelbagai makanan laut yang dipesan, sambil menikmati angin di tepi sungai Kuala Terangganu.

Selepas makan kami ke Masjid Kristal bersebelahan tempat kami menjamu selera. Mrs Wife begitu gembira melihat AYAH dan EMAK beraksi ketika bergambar. Unik reka bentuk masjid ini. Kemudian kami pun bergerak untuk mencari tempat tidur di sekitar Pasar Payang.



Hotel tempat kami menginap Hotel YT Midtown hanya 8minit untuk ke Pasar Payang. Bayaran untuk semalam hanya Rm140 satu bilik termasuk sarapan pagi. Mrs Wife berikan 6/10 bintang untuk hotel ini. Memang menjadi hotel pilihan jika berkunjung lagi ke sini. Layanan satff di sini juga sangat mesra pelanggan.


Gambar ini dari sumber Google.

Keesokkannya kami bersarapan di Cafe hotel. Makanan yang disediakan juga enak. Selepas itu kami pun check out dan bergerak menuju ke Pasar Payang sebelum bergerak pulang.

Mrs wife tidak melepaskan peluang untuk membeli baju batik, kain batik, keropok kering dan pelbagai lagi makanan yang hanya boleh dijumpai di Negeri Terangganu sahaja. Menjadi kebiasaan Mrs Wife setiap kali bercuti untuk membeli ole-ole untuk adik beradik dan keluarga mertua.

Selepas 2jam kami membeli belah, kami pun bergerak pulang. Masing-masing sudah keletihan. Kami sempat singgah di RNR untuk mengisi perut. Cuaca gerimis lebat mengiringi kami sepanjang perjalanan. Kami bercadang pulang pagi ahad juga kerana banyak kawasan banjir di sekitar Terangganu.

EMAk teruja apabila melihat sign board ke Tasik Kenyir. Mungkin Tasik Kenyir akan menjadi lokasi percutian seterusnya walaupun Pn. DZ pernah berkunjung ke Tasik Kenyir ini.

Mrs wife berasa happy sangat dapat menunaikan janji untuk membawa EMAK dan AYAH bercuti. Walaupun EMAK dan AYAH baru lepas menjelajah negeri-negeri di utara dan pantai timur bersama abang kandungMrs Wife pada bulan Disember.

Sekarang dalam perancangan untuk membawa mereka bercuti untuk Januari 2018 nanti.


I lOvE my fAmiLy......

#tq ALLAh.
#tq LOvE.
 #tq my fAmiLy.